Nasi Lemak Dungun

Nasi Lemak Dungun - Hallo sahabat Strawberry Chilli, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nasi Lemak Dungun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nasi Lemak Dungun
link : Nasi Lemak Dungun

Baca juga


Nasi Lemak Dungun

Nasi Lemak Dungun.

Pastinya terasa lapar tiba-tiba bila sebut nasi lemak.  Tak kira le nasi lemak macam manapun, tetap menggoda selera sesiapa sahaja.  Tak kira pagi ke, tengahari ke atau malam ke, ramai orang memilih nasi lemak sebagai makanan pilihan.  Kedai kecil atau kedai besar, mana-mana pun ada nasi lemak.

Tak susah bagi kita nak mencari walau ke mana pun kita pergi. Pergi kerja, pergi jalan-jalan, balik kampung mahupun pergi melancong, nasi lemak ada di mana-mana.  Kalau dalam negara, tak jadi masalah, mana tempat pergi pun boleh dapat nasi lemak dengan mudah.

Yang bagusnya sekarang, dah ada nasi lemak kat luar negara.  Wah dahsyat tu.  Lagi bagusnya yang buat nasi lemak tu pun orang Malaysia.  Tak susah lagi bagi kaki makan nasi lemak, kalau nak melancong ke luar negara, dah boleh sarapan dengan nasi lemak. Dah boleh makan tengahari dengan nasi lemak dan boleh makan malam dengan nasi lemak.  Nasi lemak yang bunyinya macam kekampungan pun dah menjadi terkenal sampai ke luar negara.

Tahniah kepada tiga sahabat, Afizuddin, Al Qayyum Mafaudzil dan Fauzi Azami yang memperkenalkan makanan tradisi melayu ke luar negara.  Sekarang, nasi lemak sudah menjadi perniagaan yang menguntungkan kepada tiga sahabat berkenaan.  Tak kira walaupun mereka pemegang Ijazah, mereka tetap berjaya mengusahakan  perniagaan nasi lemak.

Kalau pembaca semua nak makan nasi lemak special air tangan orang Malaysia di luar negara, melanconglah ke Kota Paris, cari Nasi Lemak Paris di sana.

Harian Metro :-
Khamis, 10hb. Disember, 2015.




Demikianlah Artikel Nasi Lemak Dungun

Sekianlah artikel Nasi Lemak Dungun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nasi Lemak Dungun dengan alamat link https://tuananasmikail.blogspot.com/2015/12/nasi-lemak-dungun.html

0 Response to "Nasi Lemak Dungun"

Post a Comment